STING Bongkar Dua Makmal Dadah Di Pulau Pinang, Rampas Heroin 103 Kg

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 11:53 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman membongkar dua makmal dadah dalam serbuan di pangsapuri di Sungai Pinang dan Jalan Gangsa, di sini, Khamis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya mengucapkan tahniah kepada pasukan STING yang berjaya membongkar makmal dadah  itu dan merampas 103 kilogram dadah jenis heroin.

"Syabas STING@PDRMsia baru saja berjaya bongkar makmal dadah, tangkap empat orang di Sungai Pinang, Penang, rampas 103kg heroin dan bahan proses heroin," kata Khalid, Khamis.

Sementara itu, sumber polis berkata dalam serbuan pertama pada pukul 2  petang itu pasukan STING yang dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau  Pinang menyerbu satu unit pangsapuri di Sungai Pinang dan menahan empat  individu.

Beliau berkata susulan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun itu, pasukan berkenaan menyerbu sebuah lagi unit kediaman di pangsapuri sama yang dijadikan makmal dadah.

"Rumah pertama yang diserbu adalah lokasi mereka tinggal dan kediaman kedua dijadikan tempat memproses dadah. Pasukan berkenaan berjaya merampas sejumlah dadah jenis heroin di situ," katanya.

Barang-barang lain yang turut dirampas ialah peralatan yang dipercayai  diguna untuk memproses dadah termasuk serbuk kimia kafein, pencair, klorofom, cecair kimia, asid sulfamik, ketuhar gelombang mikro, plat panas elektrik dan bahan tampal.

Sumber polis itu berkata polis turut menyerbu sebuah lagi unit pangsapuri di Jalan Gangsa yang juga dijadikan makmal memproses dadah oleh kumpulan sama.

"Polis turut merampas dadah dan pelbagai barang memproses dadah di rumah berkenaan. Dipercayai tiga buah rumah itu disewa oleh sindiket memproses dadah berkenaan sejak beberapa bulan lepas," katanya.

Sidang akhbar mengenai pembongkaran makmal dadah itu dijangka diadakan esok.

Tags / Kata Kunci: STING , Sungai Pinang , heroin , makmal

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan