Polis Dan SKMM Akan Kesan Individu Hina Tengku Puan Pahang Di FB

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 9:30 PM

Datuk Seri Dr Wan Junaidi

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengesan individu yang terlibat mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ketika ini siasatan terperinci sedang dilakukan sebelum kertas siasatan itu dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara.

"Proses ini agak rumit dan jangan ingat ia mudah sahaja untuk diselesaikan... orang ingat apabila benda seperti itu jelas dalam Facebook atau laman sosial lain, senang nak tangkap dan dakwa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan Lawatan Turun Padang ke Kompleks Siswaniaga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di sini, Khamis.

Tunku Azizah Maimunah terkenal sebagai anak raja berjiwa rakyat. Gambar daripada Instagram Tunku Azizah, Cheminahsayang.

Sebelum ini, tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di sini telah membuat laporan polis berhubung tindakan kurang sopan seorang individu yang memuat naik komen berbaur lucah dan kesat terhadap Tunku Azizah.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini terhadap individu yang menggunakan nama akaun Kagawa Onieshia kerana menjatuhkan nama baik, imej dan maruah Tunku Azizah dan institusi diraja Pahang.

Antara NGO tersebut ialah Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Seni Silat Kuntau Tek Pi Malaysia Cawangan Pahang, Majlis Belia Daerah Kuantan, Persatuan Jurufoto Negeri Pahang dan Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pahang.

Onieshia didakwa menulis komen tersebut sebagai respons kepada nasihat Tunku Azizah kepada tindakan biadab segelintir penyokong bola sepak yang memaparkan kain rentang gergasi dengan imej individu berwajah anjing dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu.

Selain itu, laporan polis berasingan turut dibuat terhadap mereka yang mempamerkan kain rentang gergasi berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, mengikut perlembagaan negara, rakyat boleh mengkritik Raja-Raja dan Sultan tetapi tidak boleh sampai ke tahap menghina.

"Dalam perlembagaan kita jelas mengatakan Raja-Raja dan Sultan boleh dikritik sebenarnya, lihat perlembagaan sendiri tetapi menghina itu tidak boleh," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan