Dua Beranak Maut Nahas Jalan Raya Di Kinabatangan

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 12:07 PM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki minyak di Kilometer 103 Jalan Sandakan-Lahad Datu, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata, kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, Lim Gek Liang, 58, dan anak perempuannya, Lim Sar Yun, 19.

Katanya dalam kejadian 5.05 petang itu, Lim memandu dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu dan sebaik tiba di kawasan Kampung Perpaduan di sini, kenderaan yang dipandu Lim dipercayai masuk ke lorong kanan lalu bertembung dengan lori minyak dari arah bertentangan. 

"Mayat kedua-dua beranak yang tersepit di dalam kenderaan dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Menurutnya, pemandu lori minyak itu yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan dirawat di Hospital Kinabatangan manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan