Mayat Dikafan Ditemui Dalam Semak

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

BATU KAWAN: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dijumpai dalam keadaan dibungkus seperti dikafan dengan kain selimut putih bercorak merah dalam kawasan semak di Batu Kawan, di sini, Selasa.

Jurucakap polis berkata mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemukan oleh orang awam pada pukul 6.30 pagi.

"Lelaki itu yang melalui kawasan berkenaan terbau benda busuk menyebabkan dia mencari punca bau itu bersama rakannya dan menemui objek yang dibungkus dengan kemas," katanya di sini.

Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat itu, katanya dan menurutnya lelaki itu dipercayai mati di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak dan berdasarkan keadaan mayat, berkemungkinan lelaki itu telah mati lebih 24 jam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu yang telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Mayat , Pulau Pinang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan