Mat Tarzan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 2:35 PM

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mohd Rashid Hasnon menziarahi jenazah bekas ahli bina badan terkenal pada era 50-an dan 60-an di Pulau Pinang, Ahmad Ali, 84, atau lebih dikenali dengan gelaran Mat Tarzan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada Selasa selepas koma akibat kemalangan jalan raya di Bayan Baru dekat sini Sabtu lepas.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli bina badan terkenal pada era 50-an dan 60-an di Pulau Pinang, Ahmad Ali, 84, atau lebih dikenali sebagai Mat Tarzan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Selasa selepas tiga hari koma akibat kemalangan jalan raya di Bayan Baru.

Anak kedua Allahyarham, Amzah Ahmad, 32, ketika ditemui Bernama di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang berkata bapanya meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

"Bapa saya terlibat dalam kemalangan Sabtu lepas (31 Jan) di Bukit Gambir selepas pulang daripada kenduri kahwin anak saudaranya. Pada masa itu bapa menunggang motosikal.

"Selepas menuruni bukit di kawasan itu, sebuah kereta berselisih dan melanggarnya menyebabkan bapa jatuh dan mengalami kecederaan teruk di kepala selain di tangan kanan," katanya.

Amzah berkata bapanya merupakan seorang yang sangat suka bergurau dan beberapa kali memenangi anugerah Mr Penang sekitar tahun 50-an dan 60-an.

Semasa hayatnya, Mat Tarzan pernah menjelajah ke seluruh negara untuk mempamerkan kehebatan beraksi lasak antaranya berjalan atas kaca, membengkokkan besi menggunakan tengkuk dan bergusti dengan ular sawa.

Ahmad menerima gelaran Mat Tarzan pada tahun 1958 daripada Ketua Menteri Pulau Pinang pertama iaitu Tan Sri Wong Pow Nee.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Julinah Abdullah, 68, dan lima orang anak.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon turut menziarahi jenazah Allahyarham yang disembahyangkan di Masjid Hashim Yahaya di sini. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak selepas solat Zuhur.

Tags / Kata Kunci: Mat Tarzan , Pulau Pinang , Meninggal Dunia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan