Komen Lucah: Polis Minta 'Kagawa Onieshia' Tampil Bantu Siasatan

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pihak polis meminta seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama 'Kagawa Onieshia' supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung komen berbaur lucah dan kesat ke atas Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut susulan laporan yang dibuat tujuh pihak semalam termasuk enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata perkara itu juga sudah dimaklum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti individu terbabit.

Pada Isnin, enam NGO dan wakil istana membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna Facebook yang menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tunku Azizah.

Perkara itu dilakukan susulan ulasan baginda mengenai tindakan peminat bola sepak Johor yang mempamerkan kain rentang (tifo) yang tertera gambar manusia berkepala anjing yang dipercayai ditujukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semasa aksi Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Takzim dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu Sabtu lalu.

Tags / Kata Kunci: Kagawa Onieshia , Lucah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan