Tiga Lelaki Samun Kedai Barang Kemas Di Banting - Berita Jenayah | mStar

Tiga Lelaki Samun Kedai Barang Kemas Di Banting

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam masa tiga minit sahaja, tiga lelaki bertopeng dan bersenjata melarikan beg berisi barang kemas selepas menembak dan memecahkan cermin ruang pameran kedai emas di sebuah pasar raya di Banting pada Ahad.

Pengurus kedai emas terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Ooi berkata, semasa kejadian empat pekerja wanita berada di kedai itu yang terletak di tingkat bawah pasar raya itu.

Ooi berkata, dia terdengar bunyi dua tembakan dilepaskan sebelum perompak tersebut mengacukan senjata ke arah pekerja wanita tersebut dan mengarahkan mereka supaya meninggalkan kedai terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitenden Azman Abdul Razak berkata dua lagi lelaki bertopeng kemudian masuk ke kedai tersebut dan bertindak memecah cermin ruang pameran semasa pekerja wanita melarikan diri dari kedai itu.

"Mereka memecah beberapa cermin ruang pameran dan melarikan pelbagai barang kemas seperti cincin, rantai, gelang dan subang dari kabinet tersebut.

"Mereka kemudiannya melarikan diri menerusi pintu masuk bahagian hadapan dan menaiki sebuah kereta Naza Citra berwarna perak dan dilihat menghala ke arah Dengkil.

Kenderaan yang dinaiki mereka didaftarkan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Mereka masuk kira-kira pukul 11.47 pagi dan keluar melarikan diri bersama barang kemas pada pukul 11.50 pagi," kata Azman.

Beliau berkata polis telah mengedarkan lakaran ketiga-tiga suspek dan pemandu kereta tersebut kepada pihak berkuasa di negeri ini dan sedang berusaha untuk mengenal pasti mereka.







Tags / Kata Kunci: rompak , kedai emas , Banting
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan