Samun Kilang: Seorang Maut, Tujuh Lagi Diikat, Kurung Dalam Kontena

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pemandu lori sebuah kilang membuat kabel di Taman Perindustrian Bemban dekat Batu Gajah meninggal dunia dalam kejadian samun di kilang berkenaan awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata V.Arunasalam, 62, yang berasal dari Seremban meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu.

"Tujuh pekerja serta dua pengawal keselamatan diikat dan dikurung dalam sebuah kontena.

"Suspek dipercayai terdiri daripada kira-kira 15 lelaki bersenjatakan parang," katanya.

Suspek melarikan 12 telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM3,500, dua televisyen LCD, set home teater dan barang kemas, yang kesemuanya merupakan milik pekerja.

Sebanyak 15 gulung kabel turut dilarikan, katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan