Bot Terbalik: Tentera Dikhuatiri Lemas, Rakan Selamat

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang anggota tentera dikhuatiri lemas manakala rakannya terselamat dalam kejadian bot terbalik berhampiran Kampung Orang Asli, Tanah Abang, Mersing pagi Ahad.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Johor berkata kedua-dua mangsa, yang berusia 41 tahun, merupakan anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang.

Ketika operasi menyelamat bermula pada 11.36 pagi Ahad, katanya mangsa yang terselamat didapati berpegang pada tong di bot.

"Mangsa yang hilang dipercayai lemas ketika cuba berenang ke tebing sungai.

Kedalaman sungai ialah antara 7.6 meter dan 9 meter manakala jarak mangsa hilang dari tebing adalah kira-kira 9 meter," kata jurucakap itu ketika dihubungi pada Ahad. 

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dihentikan buat masa ini dan akan disambung pada Isnin berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Tags / Kata Kunci: lemas , tentera

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan