Belukar Di Batu 12, Segenting Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 7:12 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kawasan belukar seluas 0.405 hektar di Batu 12, Segenting, Jalan Pantai, Teluk Kemang dekat sini terbakar, Ahad.

Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Buang Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.07 tengah hari dan tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan rekod catatan, ini merupakan pertama kali kebakaran berlaku di kawasan itu. Ketika kami sampai di lokasi, api sedang marak, ditambah dengan keadaan cuaca panas dan kering.

"Kami turut menggunakan lima unit penepuk api dan api dapat dikawal selama 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya 35 minit kemudian," katanya.

Tiada sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian masih dalam siasatan, katanya.

Tags / Kata Kunci: belukar , terbakar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan