97 GRO Warga Asing Ditahan - Berita Jenayah | mStar

97 GRO Warga Asing Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 97 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Turut ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) dan Bukit Aman itu ialah seorang penjaga premis.

Hasil pemeriksaan, seramai 37 daripada GRO yang ditahan gagal mempamerkan domuken pengenlan diri yang sah.

Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Baharin Mohd Rose berkata separuh daripada mereka yang ditahan adalah warganegara Vietnam dan selebihnya dari China, Filipina, Indonesia dan Amerika Latin.

Kehadiran mereka ke negara ini dipercayai dibekalkan oleh agen.

Polis percaya kumpulan GRO itu turut menawarkan khidmat seks atas persetujuan pelanggan dengan menjadikan hotel bajet sebagai sarang maksiat.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: GRO
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan