Mesin Simulator Bernilai RM950,000 Dirampas

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis merampas 190 mesin permainan simulator berunsur perjudian bernilai RM950,000 dalam serbuan di lima pusat hiburan keluarga di sekitar bandar ini, awal pagi Sabtu.

Operasi yang dilakukan Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/ Maksiat/ Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu turut menahan 172 pelanggan dan 28 pekerja premis berumur antara 18 dan 70 tahun.

Dalam operasi yang berakhir pukul 2 pagi di Lorong Madras, Persiaran Gurney dan Pulau Tikus itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM15,949 dan token bernilai RM44,980.

Ketua Penolong Pengarah STAGG SAC Khairi Ahrasa berkata walaupun kesemua premis terlibat mempunyai lesen yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan namun siasatan mendapati kaedah permainan mesin dianggar bernilai RM5,000 setiap satu itu mempunyai elemen pertaruhan.

"Berdasarkan penelitian pakar judi yang kita bawa, ia seolah-olah permainan slot yang ada nilai keuntungan dan menawarkan ganjaran wang kepada mereka yang main dan ini memang ada unsur perjudian.

"Risikan mendapati pengusaha telah menukar taktik perniagaan untuk mengaburi pihak berkuasa. Mereka berlesen, masa mula-mula operasi ia hanya untuk hiburan memang tiada unsur judi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Khairi berkata mengambil contoh permainan simulasi golf, pelanggan mampu mendapat pulangan keuntungan sehingga 36 kali ganda dengan nilai pertaruhan serendah RM1 sekiranya pukulan mereka mengenai sasaran.

Dalam pada itu, beliau berkata aktiviti perjudian dengan modus operandi seumpama itu dikesan telah menular ke Perak dan Kedah selain di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Katanya polis tidak akan berkrompomi dengan kegiatan sedemikian dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada termasuk melakukan pemotongan bekalan air dan elektrik bagi premis terlibat.

Tags / Kata Kunci: PDRM , mesin simulator

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan