Lagi Kanak-Kanak Jatuh Bangunan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 10:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berselang dua hari, satu lagi kes kanak-kanak maut akibat jatuh bangunan dilapor berlaku yang kali ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari balkoni tingkat lapan sebuah apartmen di Taman Nirwana, Ampang pagi Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira 8 pagi ketika Mohd Hadif Hadfi Mohd Nazim, 5, berseorangan di rumahnya di Apartment Ketapang Villa.

Menurut bapanya, Mohd Nazim Moin, anaknya itu dipercayai telah memanjat balkoni dengan berpijak kepada basikalnya selepas membuka pintu gelangsar rumah mereka.

Beliau berkata anak bongsunya itu dijumpai mati tertiarap dengan kecederaan parah di kepala di tingkat bawah oleh penghuni lain yang memaklumkan kepada pembantu rumahnya yang baru balik dari membeli barangan di kedai berdekatan.

Anaknya yang sedang tidur ketika itu ditinggalkan pembantu rumahnya untuk ke kedai, katanya.

"Menjadi kebiasaan, anak saya akan bangun antara pukul 10 dan 11 pagi. Namun hari ini dia dipercayai bangun lebih awal dari biasa. Saya percaya dia memanjat balkoni kerana mahu mencari pengasuhnya," kata Mohd Nazim yang bekerja sebagai seorang jurutera.

Beliau dan isterinya ketika itu telah keluar bertugas.

Mayat Mohd Hadif Hadfi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru petang Jumaat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata  pihaknya sedang menyoal siasat pembantu rumah warga Indonesia berusia 45 tahun itu serta penghuni yang lain.

Rabu lepas seorang kanak-kanak turut maut selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat enam Projek Perumahan Rakyat di Kota Damansara.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan