Hari Pertama Ke Rumah Pengasuh, Bayi Maut Tersedak Susu

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mati dilapor akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Pangsapuri Harmoni, Jalan Masjid Negeri di sini Khamis.

Muhd Azfar Zikry Anuar yang sebelum ini dijaga pengasuh lain dihantar kepada pengasuh berkenaan buat kali pertama oleh ibunya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bayi itu dilapor dalam keadaan tenat di atas riba pengasuhnya itu pada pukul 1.30 tengah hari.

"Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang dan polis telah merekod keterangan pengasuh terbabit yang berusia 30-an," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu dan tiada kecederaan berunsur jenayah dikesan.

Tags / Kata Kunci: Polis , Tersedak Susu , Bayi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan