Palsu PLKS: Lelaki Warga India Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan seorang lelaki warga India di Brickfields, Kuala Lumpur, Rabu kerana disyaki menjalankan aktiviti pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Suspek yang berusia 30-an, ditahan dalam Ops Brickfield membabitkan 15 anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, dalam serbuan di sebuah premis bermula 3 petang itu, pihaknya turut merampas beberapa salinan PLKS yang diedit menggunakan perisian Photoshop, dua set komputer dan mesin pencetak.

"Operasi itu dijalankan hasil penemuan beberapa PLKS palsu di Seremban dan siasatan lanjut mendapati pas terbabit diperoleh melalui sindiket yang beroperasi di Brickfields, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah suspek utama kemudiannya, menemukan lima keping pasport pelbagai warga negara, pas khas palsu dan salinan PLKS yang telah diubah suai.

"Turut disita di rumah itu sebuah komputer riba, sebuah pencetak dan beberapa pasport negara asing. Siasatan masih dijalankan dan dijangka beberapa lagi tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat. Operasi itu berakhir 1.30 pagi Khamis dan menahan beberapa warga asing atas pelbagai kesalahan.," katanya.

Selain itu, SPRM turut menahan seorang lelaki warga India dan dua lelaki tempatan kerana menawarkan rasuah RM3,000 dan RM2,500 kepada dua pegawai Imigresen sepanjang operasi itu dijalankan.

Tags / Kata Kunci: PLKS , imigresen , SPRM , Ops Brickfield

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan