Teksi Masuk Paya, Pemandu Maut

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 4:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemandu teksi maut manakala seorang wanita cedera selepas kenderaan yang dipandu bergesel antara satu sama lain sebelum terbabas ke kiri jalan di Jalan Sungai Lembing dekat Kampung Padang di sini, Rabu.

Pemandu teksi berkenaan Husin Mahmad, 55, dari Felda Bukit Goh di sini mati di tempat kejadian, manakala seorang kakitangan Jabatan Pendidikan Pahang Munirah Md Jedi, 31, cedera.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata, kemalangan berlaku pukul 7.30 pagi semasa kedua-dua kenderaan tersebut dari arah Sungai Lembing menghala ke bandar Kuantan.

"Nahas dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga yang dipandu Munirah cuba memotong teksi tersebut.

Bagaimanapun semasa sedang memotong, secara tiba-tiba teksi itu membelok masuk simpang ke Taman Kampung Padang Jaya di kanan jalan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bergesel sebelum terbabas dan terjunam masuk ke dalam paya di kiri jalan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, akibat kejadian itu pemandu teksi terbabit telah terperangkap di dalam keretanya dan disahkan mati di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat manakala wanita yang cedera itu turut dirawat di hospital sama.

Mohd Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Paya , Teksi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan