Tempoh Jaminan Polis Terhadap Zamani Dilanjut Hingga Jumaat

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 7:35 PM

Zamani

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh jaminan polis terhadap bekas vokalis Kumpulan Slam, Zamani yang ditahan berhubung kes dadah tujuh hari lepas disambung sehingga Jumaat ini.


Peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Zamani memberitahu pemberita bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pertimbangan sama ada meneruskan kes ataupun sebaliknya.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya turut memberitahu bahawa jaminan polis tersebut membolehkan Zamani berehat dan menjalani kehidupan normal sebelum proses mahkamah bermula.

Zamani yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang pula berkata bahawa beliau semakin sihat dan berterima kasih kepada peminatnya yang memberikan sokongan agar dirinya tabah menghadapi dugaan.

"Saya okey, terima kasih kepada peminat yang masih menyokong saya," katanya.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Rabu lepas.

Tags / Kata Kunci: Zamani , Gerimis Mengundang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan