Berita Rakyat Malaysia Korban Tragedi Bot Karam Di China Lewat Dimaklum Kepada Keluarga

Diterbitkan: Ahad, 25 Januari 2015 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Keluarga Cheong Kin Chin, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi kapal tunda di China 10 hari yang lalu kecewa apabila majikannya mengambil masa lebih dari dua hari untuk memberitahu mereka mengenai tragedi itu.

Cheong, 55, seorang eksekutif teknikal dengan syarikat berpangkalan di Singapura, adalah antara 22 orang yang terkorban apabila kapal tunda yang dinaiki karam di Sungai Yangtze.

Kakaknya yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Yang berkata keluarganya melihat berita mengenai kapal tunda yang tenggelam itu di televisyen tetapi tidak tahu bahawa Cheong merupakan salah seorang daripada mangsa.

"Kami agak bimbang kerana dia berada di China tetapi kami tidak tahu dia adalah mangsa tunggal dari Malaysia yang meninggal dunia dalam tragedi itu.

"Dan apabila kami akhirnya mendapat berita itu, kami terkejut tanpa dapat berkata apa-apa," katanya.

Abang ipar Cheong, Yang Peng Seng, 61, berkata mayatnya telah dibawa ke sebuah kuil Tao dekat sini pada Jumaat sebaik sahaja ia tiba dari China.

"Dia akan dibakar pada Ahad (hari ini)," katanya.

Peng Seng berkata kali terakhir keluarganya bertemu Cheong adalah semasa perayaan Tahun Baru Cina dan Qing Ming kira-kira setahun yang lalu.

"Dia tidak selalu balik tetapi apabila dia balik, dia akan balik untuk tempoh tertentu," katanya, sambil menambah Cheong masih bujang.

Cheong, tinggal di China sejak lima tahun yang lalu.

"Dia kadang-kadang menghubungi kami dan kakaknya yang berpangkalan di London," katanya sambil menambah mangsa adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik.

Dilaporkan bahawa 25 orang yang sedang berada di atas kapal untuk menjalankan ujian, apabila ia tenggelam.

Lapan daripada mereka adalah pekerja asing, termasuklah Cheong, empat warga Singapura, seorang warga Indonesia, Jepun dan India.
Tags / Kata Kunci: Cheong Kin Chin , bot karam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan