Polis P.Pinang Tunggu Keputusan DNA Mayat Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 3:42 PM

Abdul Rahim Hanafi

Abdul Rahim Hanafi

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bagi mengesahkan identiti mayat yang ditemui dibakar di Lumut, Perak pada 16 Januari lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, beliau difahamkan laporan ujian DNA itu akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu lagi.

"Sebelum ini, polis Perak telah sahkan mayat yang ditemui adalah mangsa yang hilang di Bukit Mertajam berdasarkan persamaan pergigian si mati dengan rekod pergigian ahli perniagaan berkenaan.

"Bagaimanapun, kami masih menunggu ujian DNA untuk mengesahkannya, saya akan maklumkan jika kami telah mendapat keputusan ujian itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek dan pelancaran Skuter Program Aman Wanita (Amanita), di sini, Jumaat.

Rabu lepas, Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis mengesahkan identiti mayat yang ditemui dibakar di Lumut itu adalah Law Yong Chow, 43, iaitu lelaki yang dilapor hilang di Bukit Mertajam pada 13 Januari lepas.

Abdul Rahim berkata, usaha mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Terdahulu, ketika berucap, Abdul Rahim berkata polis kontinjen Pulau Pinang menerima 11 skuter untuk kegunaan Amanita dengan dua skuter masing-masing akan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan manakala sebuah lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

"Skuter yang diterima itu akan digunakan oleh anggota dan pegawai Amanita untuk menghadiri program melibatkan masyarakat setempat khususnya golongan wanita. Pada program itu anggota dan pegawai Amanita akan menyelitkan tip keselamatan dan pencegahan jenayah.

"Dengan pendekatan itu, pasukan Amanita boleh merapatkan diri dengan masyarakat dan memperoleh maklumat tentang perkara berkaitan jenayah di kawasan perumahan terlibat," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Low Yong Chow , DNA , Lumut , Abdul Rahim Hanafi , Amanita

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan