Lebih 20 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 7:48 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Lebih 20 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Saadani, Batu 2, Jalan Apas di sini petang Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd  Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 3.13 petang.

"Sebaik dimaklumkan, dua buah jentera dan dua kenderaan serbaguna dengan 29 anggota yang diketuai Pegawai Bomba Noraini Jumdani dihantar ke lokasi kejadian.

Ketiga tiba, 80 peratus rumah telah musnah," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata, api dapat dikawal pada pukul 4.30 petang manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian sedang disiasat.

Sementara itu Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau, Asnah Kassim berkata pihaknya sedang mendaftar mangsa yang terlibat.

Mangsa yang tidak mempunyai keluarga untuk menumpang akan ditempatkan di masjid, katanya.


Tags / Kata Kunci: Kampung Saadani , Jalan Apas , Tawau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan