Usaha Bawa Pulang Sirul Sedang Dilakukan - Noor Rashid

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 4:44 PM

Sirul Azhar Umar.

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Usaha membawa pulang bekas anggota polis komando Koperal Sirul Azhar Umar yang ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia, sedang dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya perlu mematuhi peraturan tertentu daripada pihak berkuasa Australia sebelum dibenarkan membawa Sirul Azhar ke Malaysia.

"Sekarang tindakan kita perlu mengikut peraturan, kita rujuk Pejabat Peguam Negara dalam usaha menbawa balik beliau untuk menghadapi hukuman.

"Kita di peringkat membuat permohonan untuk membawa balik dan ada proses tertentu yang perlu dilalui dan kita akan mematuhi proses tersebut," katanya kepada pemberita selepas Program Gotong Royong Perdana Pasca Banjir di Perumahan Polis Taman Kiara di sini, Khamis.

Noor Rashid berkata satu siasatan mungkin akan dibuat oleh pihak Australia bagi menilai keterangan yang akan dibentangkan PDRM.

"Biasanya kalau belum didakwa mereka akan lihat keterangan yang kita akan bentangkan kepada mereka dan satu inkuiri akan dibuat untuk menilai keterangan yang ada, ia bergantung kepada pihak Australia," katanya.

Noor Rashid berkata pihaknya mempunyai kerjasama yang baik dengan Australia.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Sirul Azhar ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia pada Selasa dan kini berada di pusat tahanan imigresen negara itu.

Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh model sambilan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Namun pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah, dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas mereka.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. 

Susulan itu, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan