Kebakaran Kereta Dirakam, Mangsa Rentung Sekelip Mata

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 7:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa pengguna jalan raya hanya mampu menjerit meminta mangsa yang terperangkap dalam kereta yang terbakar mengucap syahadah.

Ternyata api yang marak akibat pelanggaran dua kenderaan membabitkan kereta dan treler membawa muatan sisa bijih timah itu menyukarkan usaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Kejadian pada pagi Khamis itu berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa berlanggar dengan treler berkenaan di Kilometer 254.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara.

Kebakaran itu mengakibatkan mangsa yang berusia 34 tahun, Joeri Ramli, 34 rentung, manakala rakannya, Muhammad Nasrullah Abd. Ghaffar, 29 hanya cedera ringan.

Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.26 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, kebakaran kereta sudah mencapai 95 peratus, manakala lori treler turut terbakar ke tahap 45 peratus.

"Operasi memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur selesai pada pukul 12.10 tengah hari," katanya.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan, Shamsul Bahrin Aziz dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

Video kebakaran itu turut dirakamkan orang awam yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana api marak dengan pantas. Video berkenaan menjadi viral di laman sosial.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan