Kumpul Bukti Sebelum Bertindak Terhadap Madrasah Sebar Militan - Polis

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 3:38 PM

Polis sedang memantau kegiatan di Madrasah Nurul Hidayah, Kuala Ketil yang ada kaitan dengan bekas militan kelahiran daerah itu, yang terkorban di Syria, Mohd Lotfi Ariffin.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah sedang mengumpul bukti sebelum mengambil tindakan terhadap mana-mana madrasah di negeri ini yang terlibat dalam aktiviti berbentuk militan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, antara madrasah yang dipantau polis ialah Madrasah Nurul Hidayah, Kuala Ketil yang diasaskan bersama oleh allahyarham Mohd Lotfi Ariffin yang terlibat dengan kumpulan militan IS.

"Kita sedang kumpul maklumat bagi membolehkan kita menyiasat dan menunggu masa yang sesuai untuk mengambil tindakan berhubung aktiviti militan di madrasah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kereta Peronda Polis (MPV) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, Selasa.

Mohd Lotfi, bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah dan pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terbunuh dalam serangan tentera Bashar as-Assad di Syria tahun lepas.

Zamri berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) selain mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa masjid dan madrasah di seluruh negeri ini bagi membanteras penyebaran fahaman militan.

Setakat ini, polis belum memanggil anggota keluarga atau saudara-mara allahyarham Mohd Lotfi untuk disoal siasat.

Dalam pada itu, Zamri menyarankan ibu bapa supaya segera membuat laporan polis jika mengetahui anak mereka yang belajar di madrasah menunjukkan kecenderungan terlibat aktiviti militan.

Pada 14 Januari lepas, akhbar the New York Times menerbitkan video bertajuk "The Jihadist in Our Family" (Mujahid dalam Keluarga) yang memaparkan temu bual mereka dengan keluarga allahyarham Mohd Lotfi di Kuala Ketil.

Video itu menceritakan pengalaman Mohd Lotfi yang dikatakan seorang mujahid dan temu bual dengan seorang saudaranya iaitu tenaga pengajar di Madrasah Nurul Hidayah, yang menyarankan agar para pelajar mengambil contoh daripada perjuangan Allahyarham.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau rapat semua madrasah di negara ini bagi memastikan ideologi militan tidak dipupuk 


Tags / Kata Kunci: madrasah , militan , Kuala Ketil , Kedah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan