Warga Emas Kemalangan Kereta Dipandu Rempuh Bank

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 8:50 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 70 tahun merempuh masuk ke dalam sebuah bank di Damansara Uptown, petang Ahad, memecahkan dinding kaca, sebelum melanggar dinding di sebelah mesin ATM bank itu.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki itu, seorang pegawai tentera bersara, baharu sahaja selesai membuat transaksi di bank CIMB di Jalan SS 21/35 kira-kira pukul 7.30 malam.

Lelaki itu masuk ke dalam kereta Perodua Kelisa yang diletakkan betul-betul di hadapan bank dan mahu mengundurkan keretanya.

"Bagaimanapun, dia tidak sedar bahawa dia telah meletakkan gear kereta dalam keadaan 'memandu' dan berfikir bvahawa dia sedang menekan brek walaupun dia sebenarnya menekan minyak," kata Mohamad Roy.

Kesilapan tersebut menyebabkan keretanya memecut sehingga ke bahagian kaki lima dan merempuh dinding kaca sebuah bank.

Kereta itu berhenti selepas melanggar dinding di belakang bank.

"Tidak ada seorang pun berada di dalam bank pada masa itu dan tidak ada kerosakan mesin ATM. Dia hanya melanggar 'booth' kayu di sebelah dinding kaca.

"Pengurusan bank membuat laporan pada pagi Isnin dan kami telah memutuskan untuk hanya mengeluarkan saman terhadap lelaki itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan