APMM Tahan Empat Pati

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 6:49 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Bangladesh dan seorang dari Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Sepang Besar, iaitu di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan, pada Isnin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah 5, Abu Bakar Idris berkata, anggota APMM mengesan sebuah bot pancung dari arah negara jiran dalam keadaan yang mencurigakan disyaki cuba menyusup masuk ke negara ini pada pukul 8.45 malam.

Beliau berkata, anggota APMM kemudian menghampiri bot yang dipercayai membawa 17 orang termasuk tekong, bagaimanapun menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot itu terus memecut laju dan ada antara mereka yang meloloskan diri dengan terjun ke laut.

"Hanya empat Pati yang berumur 21 hingga 29 tahun yang masih berada di atas bot berkenaan, mereka ditahan untuk disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke Malaysia tanpa melalui jalan yang sah," katanya pada sidang akhbar di Kuala Linggi di sini, Selasa.

Abu Bakar berkata, kesemua Pati itu mendakwa telah memberikan sejumlah besar wang kepada ejen mereka yang berjanji untuk memberikan mereka peluang pekerjaan di negara ini.

"Kesemua warga Bangladesh itu mempunyai pasport yang masih belum tamat tempoh manakala warga Indonesia itu pula gagal mengemukakan pasport kerana dipercayai barangan miliknya dirampas ejen berkenaan," katanya.

Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan di atas bot itu menemukan dua enjin bot jenis Yamaha 200 kuasa kuda dan dua tong petrol yang disyaki digunakan untuk melakukan aktiviti penyeludupan.

"Nilai barang rampasan termasuk bot itu dianggarkan berjumlah RM42,000," katanya dan meminta orang ramai yang mengesan aktiviti mencurigakan di kawasan mereka supaya menyalurkan maklumat kepada APMM.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan