Polis Tahan Tiga Beranak, Rampas 506 Gram Heroin

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 7:05 PM

Chang Keong (tengah) bersama pegawainya menunjukan dadah jenis heroin seberat 506 gram yang bernilai RM25,000 berjaya dirampas dengan tertangkapnya sepasang suami isteri anak lelaki semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka serta merampas 506 gram dadah jenis heroin bernilai RM25,000 di Taman Pasir Putih Selatan di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek berusia lingkungan 25 hingga 57 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah pada 1.30 pagi hasil maklumat awam.

"Suami dan anak lelakinya bekerja sebagai buruh kasar manakala si isteri yang tidak bekerja dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak empat bulan lepas," kata Sum kepada pemberita, Isnin.

Katanya, ketika serbuan, seorang suspek melakukan kerja-kerja pembungkusan dadah di ruang tamu rumah itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis menemukan dua paket plastik berisi dadah jenis heroin dan turut dirampas sebuah motosikal dan wang tunai bernilai RM4,500.

"Suami berusia 57 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau manakala isteri dan anaknya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya.

Chang Keong berkata, dadah yang dirampas mampu dibekal kepada 500 penagih di sekitar bandar raya ini.

Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah, katanya.

Chang Keong berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.




iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan