Polis Tahan Lelaki Bawa 897 Gram Heroin - Berita Jenayah | mStar

Polis Tahan Lelaki Bawa 897 Gram Heroin

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis menahan seorang lelaki yang membawa dua paket plastik lut sinar disyaki berisi dadah heroin seberat 897 gram dalam Ops Cegah Jenayah, malam Sabtu.

Jurucakap polis berkata, suspek berusia 21 tahun itu yang berasal dari Tambak Paya di sini ditahan ketika sekatan jalan raya di Lebuhraya Ayer Keroh berhampiran pintu gerbang Ayer Keroh di sini.

"Hasil pemeriksaan di bahagian tempat simpanan barang belakang kereta suspek, polis menemui sebuah beg hitam berisi dua paket plastik lut sinar tersebut.

"Lelaki yang kita tahan itu dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah  di beberapa kawasan Melaka Tengah," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supritendan Razali Bakar mengesahkan penahanan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: heroin , Tambak Paya , Ops Cegah Jenayah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan