Penjual Ikan Nyaris Terkena Tembakan

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang penjual ikan nyaris maut apabila dua lelaki melepaskan tiga das tembakan ke arahnya di parkir kereta dalam perkarangan Masjid Bayan Baru di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata ketika kejadian pukul 2.30 petang lelaki berusia 49 tahun itu baru balik dari berniaga di Pasar Bayan Baru yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Beliau berkata suspek yang menaiki motosikal dan memakai topi keledar bercermin gelap itu menjerit kepada mangsa sebelum mengeluarkan pistol dipercayai jenis revolver dan melepaskan tembakan.

"Bagaimanapun tembakan itu tidak mengenai sasaran kerana mangsa sempat meniarap dan suspek segera melarikan diri," kata Lai kepada pemberita.

Beliau berkata terdapat orang awam yang terdengar bunyi tembakan itu namun mereka tidak sempat melihat suspek kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.

Lai berkata polis percaya suspek terbabit diupah Along kerana mangsa mengaku pernah bekerja sebagai pengutip hutang selain dia turut menerima ugutan pertama Oktober tahun lepas.

"Siasatan awal mendapati kes bermotif dendam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.|

Katanya mangsa sempat melihat suspek menunggang motosikal jenis Honda EX5 dengan pemboncengnya bertubuh gempal dan rendah serta memakai baju T biru serta berseluar pendek berwarna hitam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan pergerakan individu mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan