Lagi Penunggang Motosikal Maut di Bentong

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal terbunuh dan seorang yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal berkuasa tinggi berhampiran Bukit Tinggi, Bentong.

Mangsa Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dari Sungai Besi menunggang motosikal KTM Duke 200cc dari Kuala Lumpur ke Berjaya Hill ketika kemalangan berlaku kira-kira tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata Syaiful Buhairi dikatakan hilang kawalan di KM7 Jalan Berjaya Hill lalu terbabas ke laluan bertentangan.

"Dia kemudian merempuh seorang lelaki lain yang menunggang motosikal Kawasaki Z800. Syaiful Buhairi meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Mangsa kedua yang motosikalnya meletup dan terbakar mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan Bentong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan