Polis Siasat Laporan Pecah Amanah Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 10:54 PM

R. Munusamy.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua laporan polis dibuat mengenai aktiviti penyaluran keluar wang sebanyak RM400,000 dari sebuah syarikat telekomunikasi.

Laporan tersebut dibuat oleh dua ahli lembaga pengarah syarikat tersebut ke atas seorang juruaudit yang telah diupah antara 2010 dan 2013.

Laporan polis pertama dibuat pada Disember tahun lalu dan satu lagi pada 13 Januari kerana terdapat syak wasangka berhubung kes pecah amanah berikutan penyelewengan dalam akaun dan untuk mengelirukan lembaga pengarah.

Seorang pengarah berusia 37 tahun berkata pada 15 Disember 2011 dan 8 Januari 2013, suspek didakwa menyediakan dua baucar bayaran berjumlah RM400,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan