Empat Butir Bom Buatan Sendiri Ditemui Di Sungai Bakap

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Penduduk di kawasan Jalan Badak Mati, Sungai Bakap di sini gempar apabila menemui sebuah beg kertas yang mengandungi bungkusan kotak hadiah berisi bom di perkarangan sebuah rumah yang didiami dua wanita di kawasan kejiranan itu, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata seorang penduduk di sini menyedari terdapat sebuah beg kertas di perkarangan rumah itu, berhampiran stor simpanan barang kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

"Dia memberitahu kepada penghuni rumah berkenaan berhubung bungkusan itu sebelum mereka melihat dan mendapati terdapat benda yang menyerupai bom, mereka terus menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini Sabtu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kotak berkenaan mengandungi empat butir bom dipercayai buatan sendiri dan Unit Pemusnah Bom (UPB) serta anjing pengesan K-9 dihantar untuk menjalankan siasatan.

"Siasatan mendapati terdapat dua penghuni wanita berusia lingkungan 50-an tinggal di rumah kayu berkenaan manakala stor itu pula dijadikan sebagai tempat simpanan peralatan sembahyang.

"Tiga daripada empat butir bom yang ditemui telah berjaya diletupkan oleh UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 4.18 petang manakala sebutir bom lagi dibawa balik ke IPK untuk siasatan lanjut," katanya.

Wan Hassan berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui motif kejadian termasuk mengesan mereka yang meletakkan bom berkenaan di kawasan tersebut.

Katanya pihaknya akan mengambil keterangan daripada penduduk di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.

"Setakat ini kami belum tahu motif sebenar kejadian itu sama ada disebabkan hutang atau ugutan terhadap penduduk di situ, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Wan Hassan turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: bom , Sungai Bakap

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan