11 Keterangan Diambil Bantu Siasatan Kes Kematian Bekas Pengurus Alleycats

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 6:29 PM

Stephen Joseph.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis telah merekodkan 11 keterangan berhubung kes kematian bekas pengurus Alleycats, Stephen Joseph.

Mangsa meninggal dunia selepas berlaku perselisihan faham di Jalan SS2/63 pada 4 Januari lalu.

Joseph, 54, dilaporkan berselisih faham dengan seorang pemandu kereta Proton Saga berwarna putih di sebuah medan selera, lokasi dia dan isterinya, Mary Ooi, 53, mencari tempat letak kereta mereka.

Suspek yang disifatkan sebagai 'berbadan besar dan memakai baju-T, pada waktu kejadian kira-kira pukul 7.30 malam di sebuah tempat letak kereta di hadapan medan selera tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, keterangan tersebut direkodkan daripada ahli keluarga Joseph, saksi dan orang ramai yang tampil dengan bukti untuk membantu siasatan kes itu.

Terdahulu, seorang saksi dilaporkan menyerahkan kepada polis satu rakaman selama 11 saat menunjukkan situasi yang membawa kepada kematian Joseph.

Azmi berkata polis bekerjasama dengan jabatan forensik untuk mengenal pasti kebenaran klip video tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari lokasi kejadian.

Beliau enggan mendedahkan maklumat mengenai kes tersebut dengan menegaskan polis masih memburu suspek.

"Mendedahkan setiap maklumat mengenai kes itu akan mengganggu siasatan kami. Percayalah, kami sedang mengesan suspek," katanya.

Azmi menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu supaya menghubungi balai polis Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.
Tags / Kata Kunci: Stephen Joseph , maut

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan