Kastam Rampas Minuman Keras Bernilai RM2.3 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 2:06 PM

Zulkifli (dua dari kiri) meneliti sebahagian hasil rampasan minuman keras di NBCT pada sidang media Khamis.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas empat kontena mengandungi minuman keras bernilai RM2.3 juta termasuk cukai yang cuba diseludup ke negara ini di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini Selasa lepas.

Pengarahnya Datuk Zulkifli Yahya berkata, empat kontena yang membawa pelbagai minuman keras itu diisytihar sebagai bata konkrit dari China.

"Setelah diperiksa, kami dapati tiga kontena mengandungi minuman keras jenama Walton Beer, Harboe Extra dan Cruise Beer manakala sebuah lagi kontena berisi minuman keras jenama Hunting Lodge Blended Scotch Whisky.

"Semua minuman keras itu bernilai RM537,768 dan membabitkan cukai sebanyak RM1,748,327.40," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata susulan rampasan hasil pemeriksaan pada 10.40 malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang merupakan ejen penghantaran bagi membantu siasatan.

Zulkifli berkata, kontena yang membawa semua minuman keras itu transit di Pulau Pinang sebelum dibawa ke satu alamat di Shah Alam, Selangor.

"Dipercayai minuman keras berkenaan ditempah oleh sebuah syarikat untuk kelab-kelab malam di sekitar negeri itu," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 iaitu dengan disedari cuba mengelak dengan fraudan apa-apa duti Kastam atau percubaan mengelakkan apa-apa larangan import.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan agar menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau Kastam Pulau Pinang di talian 04-3318920.

Tags / Kata Kunci: Kastam , minuman keras , NBCT , Zulkifli Yahya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan