APMM Gagalkan Penyeludupan Arak RM4.4 Juta Di Perairan Pengerang - Berita Jenayah | mStar

APMM Gagalkan Penyeludupan Arak RM4.4 Juta Di Perairan Pengerang

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan penyeludupan 7,840 karton arak dianggarkan bernilai RM4.4 juta menggunakan sebuah kapal tangki, pada 2.5 batu nautika utara Tanjung Pengelih, Pengerang, Khamis.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata kapal tangki MT Aprili yang berdaftar di Mongolia itu dikesan anggota APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan Pengerang, pada 1 pagi.

"Selepas membuat pemerhatian selama setengah jam, anggota APMM bertindak mengejar dan berjaya menahan kapal terbabit.

"Pemeriksaan kemudian menemui sebanyak 7,840 karton pelbagai arak termasuk Royal Stag Whisky, Old Monk Rum, McDowells Green Label Whisky, Honey Bee Brandy, Duchess Vsop Brandy, Jack Daniels Black yang dianggarkan bernilai RM4.4 juta," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Mustafa Kamal berkata, kapal tersebut didapati dalam perjalanan dari Singapura ke Dumai, Indonesia dengan dokumen perjalanannya didaftarkan sebagai membawa minyak atau air bersih.

Beliau berkata, dokumen bersama enam anak kapal itu yang kesemuanya warganegara Indonesia berusia antara 23 hingga 54 tahun kini dibawa ke Pejabat Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut.

"Ini merupakan kes tangkapan pertama melibatkan arak tahun ini dan APMM akan terus mempertingkatkan rondaan di perairan negeri ini bagi menghalang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa," katanya.



Tags / Kata Kunci: APMM , kapal tangki , Tanjung Pengelih , MT Aprili

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan