Lapan Rentung Nahas Bas Persiaran Di Tapah

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 8:17 AM

Sebuah bas persiaran terbakar menyebabkan lapan rentung dalam kejadian di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah , pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

TAPAH:Lapan penumpang rentung, manakala 21 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 21 penumpang lain cedera termasuk lebih 10 cedera parah.

Beliau berkata, mayat mangsa termasuk pemandunya dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tapah, Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital and beberapa pusat perubatan swasta di Ipoh.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri lalu terbakar," katanya di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, bas persiaran milik LBS Travel and Tours itu membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau ke Genting Highlands dan polis kini menyiasat kemungkinan seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan itu.

Senarai mangsa yang maut:

1. Lim Soo Lan

2. Tan Ah Ba

3. Tan Ah Ban@Tan Chan Ming

4. Aw Ah Poh

5. Tan Ah Baa

6. Ong Ah Yook

7. Sin Ah Guat

8: Jayagunasgaran a/l Mariapen

Tags / Kata Kunci: bas persiaran , terbakar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan