Bekas Pengasuh Kerugian RM1 Juta Diperdaya Tukang Cat

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang bekas pengasuh mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas diperdaya seorang lelaki yang mendakwa boleh membantunya menghilangkan sumpahan di rumahnya.

Selepas lelaki tersebut memberitahu wanita terbabit supaya memberikan wang kepadanya untuk meminta bantuan di Thailand, mangsa terpaksa berputih mata apabila lelaki tersebut menghilangkan diri bersama wang yang dipinjamnya daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

Teo Kheng Lang, 63, dari Taman Pakatan Jaya di sini berkata lelaki berusia 52 tahun yang bekerja sebagai tukang cat sering menghantar anak lelakinya ke rumahnya.

"Dua tahun lalu, saya meminjamkannya sedikit wang untuk membeli cat bagi kontrak kerja mengecat rumahnya.

"Dia (lelaki itu) kemudiannya mendakwa rumah saya terkena ilmu hitam dan saya akan mati sekiranya tidak melakukan sesuatu mengenainya," katanya pada Rabu.

Teo berkata, memandangkan dia sibuk dengan tugasnya sebagai pengasuh kepada empat orang kanak-kanak dan tidak boleh meninggalkan rumah tersebut, beliau tanpa berfikir panjang menyerahkan kad ATM miliknya untuk membayar 'pakar agama' supaya menghilangkan sumpahan itu.

"Dia memberitahu saya bahawa dia boleh pergi ke Thailand untuk bertemu seorang sifu dan memerlukan lebih banyak wang. Saya meminjam wang dari ahli keluarga dan kawan-kawan kerana saya bimbang mengenai hidup saya," katanya.

Teo berkata beliau menyerahkan wang simpanannya sebanyak RM800,000 kepada lelaki tersebut, manakala selebihnya menerusi wang yang dipinjam.

Katanya, beliau terputus hubungan dengan lelaki tersebut pada Oktober tahun lalu.

Teo yang kini bekerja sebagai tukang masak berkata, beliau bertemu dengan isteri lelaki terbabit di kedai buahnya di Taman Pakatan Bercham baru-baru ini tetapi diberitahu bahawa dia tidak mengetahui dimana suaminya berada.

"Saya juga diberitahu oleh seorang pekerja bahawa lelaki tersebut melarikan diri kerana diburu ah long.

"Ahli keluarga dan rakan-rakan saya sekarang menuduh saya bersubahat dengan lelaki tersebut untuk menipu wang mereka. Saya amat tertekan dan tidak tidur lena kerana insiden itu," katanya.

Teo meminta bantuan daripada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Jimmy Loh di sini.

Loh turut menggesa tukang cat itu supaya mengembalikan wang milik Teo.

"Dia adalah mangsa di sini dan hanya mahu membersihkan namanya," kata Loh.






Tags / Kata Kunci: tipu , tukang cat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan