Paulsen Bebas, Kertas Siasatan Akan Diserah Ke Jabatan Peguam Negara

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 6:42 PM

Paulsen (tengah) menjawab pertanyaan pemberita selepas tahanan reman terhadap beliau selama dua hari tamat pada Rabu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes peguam Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

"Kita akan hantar secepat mungkin. Kalau boleh, kita nak hantar esok,"katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu, Mohmad berkata Paulsen dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas direman dua hari.

Paulsen menerusi catatan di laman twitternya dalam bahasa Inggeris pada Jumaat lepas yang membawa maksud "Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia".   

Bagaimanapun, kenyataan itu telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Empat hari kemudian (Isnin lalu), Paulsen ditahan di Brickfields kira-kira pukul 9 malam.

Kes Paulsen disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Tags / Kata Kunci: Eric Paulsen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan