Bakal Pengantin Maut, Pasangan Cedera Lori Jatuh Gaung

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita maut, manakala pemandu treler cedera apabila kenderaan mereka hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam gaung di Kilometer 28 arah Sungai Buloh ke Kota Damansara, Lebuh Raya Utara Selatan, malam Rabu.

Kejadian berlaku apabila tayar treler 28 tan yang membawa muatan pasir itu dipercayai pecah.

Wanita yang maut dikenali sebagai Mahsuri Abdul Latif berusia 50 tahun, manakala yang cedera dikenali sebagai Kamarul Zaman Muhamad juga 50 tahun.

Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Berdasarkan keterangan pemandu lori terbabit, mereka dalam perjalanan ke Shah Alam.

Bagaimanapun katanya, tayar depan treler itu pecah menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan itu lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 18 meter.

Mahsuri yang juga kelindan dikatakan tercampak dan maut ditempat kejadian akibat dihempap kenderaan berkenaan, manakala Kamarul Zaman hanya mengalami cedera ringan.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: treler , gaung , Mahsuri Abdul Latif

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan