979 Pati Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Cameron Highlands

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 10:06 PM

Mustafa Ibrahim (kanan) melawat persekitaran pejabat pada majlis pelancaran Pejabat Imigresen Cameron Highlands di Tanah Rata pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 979 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di sekitar Cameron Highlands dalam tempoh 4 hingga 31 Disember tahun lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata PATI yang ditahan itu ditempatkan di depot yang ditetapkan untuk siasatan lanjut dan sebahagiannya sudah dihantar pulang ke negara masing-masing.

Beliau berkata operasi tersebut tidak akan dilakukan secara bermusim tetapi ia akan diteruskan dengan mengesan PATI yang cuba menyorok atau lari ke kawasan lain.

"Kita tidak akan berhenti melakukan operasi...hari ini, esok dan lusa akan diteruskan secara berkala dan tidak berhenti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan risikan untuk memantau perkembangan mengenai PATI di kawasan tanah tinggi itu yang melibatkan agensi penguat kuasa antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan beberapa agensi penguat kuasa lain.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan laporan media sebelum ini mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 PATI di sini sebagai tidak munasabah kerana sehingga kini dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

"Apabila kita buat operasi tidak dapat membuktikan (dakwaan) sedemikian, jumlah yang dapat ditangkap setakat ini jauh berbanding apa yang dilaporkan media.

"Ada yang dakwa PATI sudah lari ke Lojing di Kelantan atau Tapah, tapi bila kita lakukan operasi sebenarnya tak ramai pun PATI di sana. Saya harap media berhati-hati apabila melaporkan sesuatu isu," katanya.

Mengenai Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands beliau berkata ia dapat memudahkan urusan penduduk dan majikan yang sering merungut untuk mendapatkan perkhidmatan imigresen.

"Kita mendapat rungutan daripada penduduk dan majikan di sini, yang mana sukar untuk berurusan kerana mereka terpaksa pergi ke Kuantan atau Ipoh untuk mendapatkan permit pekerja asing atau urusan lain yang sering tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya," katanya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PATI , Imigresen

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan