Mahkamah Lanjut Tempoh Tahanan Reman Paulsen

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret pada Selasa melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LfL) Eric Paulsen yang ditahan pada Isnin malam.

Paulsen ditahan reman selama dua hari bagi menjalani siasatan berikutan kenyataannya di Twitter yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

Difahamkan Paulsen diwakili tujuh orang peguam termasuk Latheefa Koya dan N.Surendran.

Turut dilaporkan sekurang-kurang enam orang anggota polis berada di firma guamannya di Petaling Jaya bagi menjalani siasatan, dan Paulsen dipercayai berada di Balai Polis Dang Wangi.

Paulsen menulis di laman Twitternya: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”

Selepas menerima tindak balas dari netizen, Paulsen menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan menuduh Jakim menggalakkan ekstremisme. Tweet tersebut telah dipadam.

Sebelum itu, Paulsen telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis berikutan menerima beberapa ancaman melalui Twitter dan aplikasi mesej segera Whatsapp pada hujung minggu ketika berada di pejabatnya. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu.

"@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields," tulis beliau di Twitter, kira-kira pukul 9.40 malam Isnin.

Tags / Kata Kunci: Eric Paulsen

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan