Sembilan Lelaki Myanmar Akan Didakwa Bunuh Rakan Senegara

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan rakan senegara mereka di Pulau Pinang akan didakwa di beberapa mahkamah pada Selasa dan Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis telah mendapat arahan daripada Ketua Unit Perundangan negeri untuk mendakwa sembilan lelaki terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata, dua lelaki lagi akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 manakala seorang akan dibebaskan kerana didapati tidak terlibat dalam kejadian itu.

"Mereka (sembilan lelaki) akan didakwa esok dan lusa di mahkamah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan mengikut lokasi kejadian pembunuhan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini Isnin.

Kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit dikatakan memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam di sini.

Sejak awal tahun lepas, 21 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis akan menggunakan semua elemen termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi mengesan empat lagi lelaki Myanmar yang dipercayai anggota kumpulan rakyat Myanmar yang kini ditahan.

Beliau berkata, mereka dikenali sebagai Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, dan merupakan pemegang kad UNCHR bernombor 354-13C05627; Lokman dan Gemuk berusia lingkungan 20-an serta seorang lagi berusia 30-an dipercayai telah keluar dari Pulau Pinang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Abdul Rahim berkata, usaha mengesan kumpulan kedua yang disyaki terlibat dalam kes sama juga giat dijalan dan polis kini mengumpul maklumat mengenai mereka.

Beliau berkata, ada antara mereka yang identitinya telah dikenal pasti dan mereka dipercayai bersembunyi di beberapa lokasi di negara ini.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan