Mayat Lelaki Berkafan Ditemui Dalam Semak di Bukit Tengah

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain selimut seperti dikafan, ditemui dalam semak di tepi jalan berhampiran bulatan kawasan Perindustrian Science Park Bukit Tengah, di sini, Ahad.

Jurucakap polis berkata mayat lelaki dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an itu, ditemui 2 petang ini oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.
 
"Lelaki itu melalui kawasan berkenaan sebelum terbau benda busuk, dia bertindak mencari di sekitar semak di tepi jalan tersebut sebelum ternampak bungkusan kain selimut bercorak bunga warna merah.
 
"Dia mendekati bungkusan seperti kafan itu dan ternampak mayat di dalam kain selimut tersebut dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis percaya mayat itu mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lepas berdasarkan keadaan mayat.

"Pemeriksaan forensik mendapati mayat lelaki itu tiada tanda suntikan BCG di lengannya dan polis juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan mayat itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
 
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.


Tags / Kata Kunci: mayat berkain kafan , di tepi semak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan