29 Ditahan Sedang Khayal Ketika Sambut Hari Lahir

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 8:48 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebanyak 29 individu termasuk dua anggota polis bantuan sebuah bank tempatan ditahan ketika sedang khayal disyaki akibat penggunaan dadah di bilik sebuah hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata serbuan kira-kira 3 pagi itu menyaksikan penahanan 10 wanita dan 19 lelaki.
 
"Hasil pemeriksaan di bilik itu, polis menjumpai pelbagai jenis dadah antaranya 15 pil ecstasy, sebiji pil erimin 5, bekas air lima liter yang disyaki berisi air ketum dan satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ketamin," katanya dalam kenyataan di sini.

Kesemua yang ditahan berumur antara 20 dan 37 tahun dan bekerja antaranya sebagai juruteknik, pemandu, pekerja bank selain polis bantuan.

Mohd Shukor berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu sedang meraikan hari lahir seorang daripada mereka ketika serbuan dilakukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tags / Kata Kunci: pil khayal

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan