Usaha Bebaskan Anggota Polis Diculik Abu Sayyaf Masih Diteruskan

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 1:53 PM

Gambar kenangan Zakia bersama isteri dan anaknya.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Usaha untuk membebaskan anggota Pasukan Polis Marin, Konst Zakia Aliep, yang diculik dari sebuah resort di Semporna tahun lepas masih dijalankan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Jalaluddin berkaat usaha membebaskan Zakia masih diteruskan namun komunikasi antara kumpulan penculik berkenaan dengan isteri Zakia, Sharifah Erna Berson tidak lagi dibenarkan sekerap seperti sebelum ini kerana ia boleh mengganggu usaha pembebasan itu.

"Usaha memang dijalankan. Sepatutnya mereka sudah dibebaskan. Ingat masa pembebasan mangsa culik (Chan Sai Chuin) di Kunak tu? Rundingan memang dijalankan untuk membebaskan kedua-duanya.

Zakia sepatutnya dibebaskan pada 10 Dis tahun lepas bersama dengan penternak ikan di Kunak, Chan Sai Chuin, 32 tetapi hanya Chan seorang sahaja yang dibebaskan, katanya.

Jalaluddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini pada Khamis. Beliau mengulas mengenai perkembangan anggota polis berkenaan dan usaha membebaskannya daripada tangan kumpulan penculik.

Zakia, 27 diculik dari sebuah resort di Pulau Mabul pada 12 Julai lalu dipercayai oleh kumpulan penjenayah rentas sempadan Abu Sayyaf. Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, rakan Zakia, Kpl Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh terkena tembakan kumpulan penjayah lapan anggota itu.

Chan pula diculik dari sebuah ladang ternakan ikan di Kunak pada 16 Jun sebelum dibebaskan pada 10 Dis tahun lalu.

Terdahulu dalam ucapannya, Jalaluddin berkata indeks jenayah kontinjen Sabah menurun 7.08 peratus pada tahun lalu iaitu daripada 3,321 kes pada tahun 2013 berbanding 3,086 kes pada tahun 2014.

Katanya pada tahun lalu, polis berjaya menyelesaikan 2,564 atau 49.19 kes daripada keseluruhan kes yang disiasat pada tahun itu berbanding 48.32 peratus atau 2,789 kes daripada jumlah kes yang disiasat pada tahun 2013.


Tags / Kata Kunci: Pulau Mabul , Culik , Polis

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan