Jangan Terpedaya Helah Penipu Kutip Derma Banjir - Polis

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai kutipan bantuan kemanusiaan yang kononnya untuk didermakan kepada mangsa banjir.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata mereka yang ingin menghulurkan bantuan harus menyemak terlebih dahulu pertubuhan ataupun individu berkenaan bagi memastikan kesahihannya.

Beliau berkata ia juga bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

"Selepas banjir, kita lihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan, banyak pihak membuat kutipan dan sebagainya, namun bantuan yang kita hulurkan itu disampaikan kepada mangsa atau sebaliknya?

"Kita puji sikap prihatin untuk membantu mangsa dengan melancarkan bantuan dan kutipan tetapi pastikan tidak tertipu dan sumbangan yang dihulurkan itu diterima mangsa banjir," katanya.

Justeru, Jamshah berkata masyarakat yang ingin menderma perlu menyalurkan bantuan tersebut kepada saluran yang betul termasuk menerusi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut, namun akan terus memantau agar orang ramai tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Kita memandang serius perkara ini dan pemantauan akan dilakukan bagi mengelak orang ramai ditipu," katanya.


Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan , Terengganu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan