Tukang Kayu Disamun, Rakan Dirogol Lima Lelaki Mengaku Polis

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 11:12 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang tukang kayu kerugian lebih RM20,000 apabila disamun lima lelaki mengaku sebagai anggota polis manakala rakan wanitanya dirogol dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada pukul 9.20 malam ketika tukang kayu berkenaan hendak keluar rumah dengan kelima-lima suspek yang bersenjatakan kayu terus menolaknya masuk ke dalam rumah selepas mendakwa sebagai anggota polis.

"Dua daripada suspek kemudian memukul tukang kayu berumur 42 tahun itu lalu mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, Rabu.

Sulaiman berkata suspek kemudian mengarahkan rakan wanita tukang kayu berumur 38 tahun itu, yang merupakan rakyat China masuk ke sebuah bilik lain dan dipercayai dirogol secara bergilir-gilir. 

Beliau berkata kesemua suspek bertindak menyelongkar rumah berkenaan dan membuka pakaian tukang kayu terbabit sebelum melarikan diri bersama lima telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM10,000 serta barang kemas bernilai RM4,000.

Katanya wanita rakyat China berkenaan memiliki pasport sah dan tidak bekerja manakala suaminya yang merupakan rakyat tempatan berada di Kuala Lumpur.

Menurut Sulaiman, wanita itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan