Polis Tahan Tiga Suspek, Termasuk Seorang Wanita Dipercayai Pengedar Dadah

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 11:18 PM

ACP Abdul Aziz Salleh

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah selepas dikejar sejauh hampir tiga kilometer, di Jalan Beserah di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, polis menerima maklumat orang awam mengenai sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Beserah. 

"Sebaik menerima maklumat, polis cuba menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan, namun kereta yang dinaiki empat suspek termasuk dua wanita itu telah memecut ke arah bandar Kuantan dari Jalan Beserah," katanya di sini Rabu.

Katanya, polis kemudian bertindak mengejar kereta berkenaan sebelum ia melanggar tiga kenderaan lain lalu terbabas di hadapan sebuah bank di Jalan Berserah.

"Berlaku pergelutan selepas itu, namun polis berjaya menahan dua suspek, seorang lelaki berusia 29 tahun dari Felda Bukit Dalam Lanchang dan seorang wanita berusia 25 tahun dari Taman Ehsan, Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata, dua suspek lelaki dan wanita bertindak melarikan diri namun lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai adik suspek lelaki yang ditahan itu, berjaya diberkas di kawasan Air Putih setelah dikejar tidak jauh dari tempat kemalanagan itu.

Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 18 tahun itu, polis menemui plastik lut sinar dipercayai syabu.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati kesemua suspek yang positif dadah turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk pecah rumah dan dadah.

"Polis masih memburu seorang lagi suspek wanita yang berjaya melarikan diri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan