Polis Kedah Terima Empat Laporan Kes Buli Pelajar

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 3:57 PM

Gambar hiasan-

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah menerima empat laporan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah rendah di sini membabitkan lebih lima pelajar dan seorang mangsa yang tersebar dalam laman sosial sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya berkata kes buli itu berlaku September tahun lepas tetapi tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu sehinggah ia mula menjadi viral di laman sosial.

"Rakaman video itu melibatkan lima orang pelajar dan seorang mangsa yang masing-masing merupakan pelajar tahun enam," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Siasatan Polis Kedah mendapati kejadian buli itu berlaku kira-kira dua minggu selepas tamatnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Zamri empat laporan polis telah dibuat pada Sabtu oleh beberapa pihak yang menonton video klip tersebut di laman sosial.

Berikutan laporan itu, katanya pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata.

Beliau turut meminta mana-mana pelajar yang menjadi mangsa buli atau tahu mengenai sebarang kejadian buli supaya melaporkan kepada pihak polis.


Tags / Kata Kunci: Polis , Kedah , Buli

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan