Anggota MPV Ditemui Mati Dipercayai Tertembak Diri Sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis ditemui mati dipercayai akibat tertembak dirinya sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira pukul 10 pagi Sabtu. 

Menurut mesej yang dihantar melalui sistem WhatsApp, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata anggota tersebut yang berpangkat Koperal dipercayai tertembak dengan pistol Auto P9S ketika berada dalam bilik air.

Katanya saksi turut mendengar bunyi satu das tembakan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan