Kedai, Pasar Raya Dipecah Masuk Ketika Banjir

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 9:11 PM

MUSNAH … Pengusaha stesen minyak di Bandar Temerloh menampal cermin yang dipecahkan pencuri ketika daerah itu dilanda banjir di sini, hari ini. Kejadian berlaku ketika penduduk bandar Temerloh sibuk berpindah selepas dilanda banjir besar tahun ini. Penempatan yang berada di kawasan persisiran Sungai Pahang seperti Jerantut, Kuala Krau, Temerloh dan Bera tahun ini dilanda banjir besar selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa.
--fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kedai, stesen minyak dan pasar raya besar di daerah ini dikatakan dipecah masuk ketika musim banjir.

Individu berkenaan dikatakan menggunakan bot untuk melarikan pelbagai jenis barangan bukan sahaja makanan, tetapi juga barangan lain seperti peralatan elektrik, gitar dan mesin gerudi.

Beberapa kejadian di bandar ini dapat dirakam penduduk dan disiarkan menerusi Youtube.

Seorang pengurus pasar raya Teoh Hong Kean berkata premisnya dipecah masuk Sabtu lepas ketika penduduk sibuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan.
 
"Semasa banjir hari kedua, saya mengharung air untuk melihat pasar raya saya. Apabila sampai di seberang jalan, saya melihat sekumpulan orang menaiki bot sedang melarikan pelbagai barangan daripada premis saya termasuk peralatan elektrik dan periuk besar.
 
"Saya hanya mampu memerhati dan merakam gelagat mereka. Mereka juga menjerit menyuruh saya balik," katanya kepada Bernama dan menambah pekerjanya yang tinggal di belakang pasar rayanya turut disamun kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang panjang.

Teoh berkata kejadian samun menggunakan bot itu berlarutan beberapa hari dan melibatkan banyak kumpulan.
 
Sementara itu stesen Petronas di Jalan Tengku Ismail turut dipecah masuk yang dipercayai individu terbabit mahu melarikan wang daripada tiga mesin juruwang automatik (ATM).

Seorang pekerja Mohd Firdaus Mohd Nasir berkata kejadian berlaku malam Selasa lepas yang individu terbabit turut melarikan barangan lain.

Peniaga runcit di Taman Bahagia Makmur, Syed Khairi Anuar Syed Hussin berkata enam buah kedai lain yang berhampiran kedainya termasuk kedai gunting rambut turut dipecah masuk dan melarikan hampir kesemua barangan mereka.
 
Pihak polis yang dihubungi Bernama mengenai kejadian itu memberitahu satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi memantau premis perniagaan dan kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Anuwar Osman berkata tiga pasukan khas telah diarahkan untuk berkawal dan meronda terutama di sekitar bandar.
 
"Hari ini saya telah mengeluarkan arahan kepada anggota bertugas agar menunggu pemilik premis tiba di kedai masing-masing sekiranya terdapat kejadian pecah masuk," katanya.

Beliau berkata semasa banjir, anggota polis turut meronda dengan bot dan kini rondaan diteruskan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan unit kereta peronda.

Anuwar meminta pemilik premis terbabit agar membuat laporan dan sehingga kini pihaknya hanya menerima satu laporan.
Tags / Kata Kunci: kedai , pasar raya , dipecah masuk

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan